Kembali
TERMA DAN SYARAT

Terma & Syarat Zoom @ PTS

Terma dan Syarat Umum

  1. Peraduan Zoom @ PTS ini dianjurkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS).
  2. Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 8 tahun dan ke atas pada tarikh mula kempen.
  3. Kakitangan PTS (termasuk anak syarikat dan syarikat bersekutu PTS) dan keluarga terdekat iaitu suami/isteri, ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik tidak layak menyertai peraduan ini.
  4. Tempoh kempen ini bermula dari 10 November hingga 28 Disember 2012.
  5. PTS berhak meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan dianggap batal.
  6. Pemenang bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan termasuk hilang nyawa akibat menyertai kempen.
  7. PTS berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan bagi tujuan pengiklanan, perdagangan, dan/atau publisiti tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu dan pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan itu.
  8. Keputusan pemenang setiap peraduan adalah muktamad dan surat menyurat/e-mel tidak akan dilayan.
  9. Apabila menyertai peraduan ini, peserta bersetuju mematuhi dan terikat kepada syarat dan peraturan peraduan ini serta keputusan PTS.

Syarat Menuntut Hadiah

  1. PTS akan menghubungi pemenang melalui telefon dan senarai pemenang akan disiarkan melalui laman web rasmi PTS di www.pts.com.my dan suka.pts.com.my.
  2. Rujuk senarai hadiah di suka.pts.com.my. PTS berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam keadaan 'sedia ada' dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
  3. Hadiah harian dan mingguan akan dihantar oleh PTS kepada pemenang menggunakan pos.
  4. Judul buku PTS bagi setiap hadiah ditentukan oleh PTS.
  5. Pemenang hadiah utama perlu datang sendiri ke pejabat PTS bagi menuntut hadiah.

BUKU | ARTIKEL | SENARAI PENGEDAR